Posts

Showing posts from June, 2022

Hapuskan barang sihir (email ustaz abdullah idris)

 Assalamualaikum Shakri, Dalam amalan sihir, antara benda yang paling penting ialah barang sihir. Kenapa? Sebab dengan barang sihirlah tukang sihir dapat menyakitkan mangsa dari jauh. Dengan barang sihir akan memudahkan tukang sihir hantar sihir berulang-ulang kali. Dengan barang sihirlah menjadikan rawatan untuk membuang sihir menjadi lebih susah. Sebab tu, antara cara paling berkesan dalam rawatan sihir ialah dengan mencari dan memusnahkan barang sihir. Dengan mencari dan memusnahkan barang sihir, anda akan dapat mengatasi ketiga-tiga faktor di atas. Tapi yang menjadi masalahnya pula ialah nak mencari barang sihir tu adalah satu proses yang tak mudah. Sebab apa saya kata tak mudah? Ok saya akan jelaskan kenapa saya kata tak mudah. Dalam Sahih Bukhari, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh A'isyah iaitu isteri Nabi SAW. Anda boleh semak hadis tersebut melalui pautan ini. Hadis tersebut menceritakan secara panjang lebar tentang peristiwa Nabi disihir. Apa yang saya nak ajak anda...

Tapak sihir (email Abdullah Idris)

Assalamualaikum Shakri, Seperti yang saya janjikan dalam emel lepas, hari ni saya nak kongsikan dengan anda tentang tapak sihir. Sebelum tu saya nak tanya, anda ada sihir ke tak? Tak pasti?  Kalau tak pasti, bukak balik video yang anda download sebelum ni. Tengok video nombor empat dan lima lepas tu buat. Ok, kalau anda pasti telah disihir, anda perasan tak, bila anda buat rawatan ruqyah, anda akan rasa ok. Tapi selang berapa hari atau minggu, anda akan rasa sakit balik di tempat yang sama.  Ataupun gejala yang anda alami sebelum ni jadi balik. Anda perasan tak? Saya bagi contoh. Katakanlah anda sebelum ni kena sihir pendarahan. Gejala yang anda alami ialah darah haid keluar tak berenti. Kemudian anda pun buat rawatan. Lepas rawatan, gejala tu pun hilang. Tapi lepas 2 atau 3 minggu, gejala tu jadi balik. Ini menunjukkan dalam badan anda dah ada tapak jin sihir. Anda masih tak faham? Ok, saya jelaskan lagi. Semua gejala yang anda alami, ada point yang berkaitan. Point nilah yan...