Tapak sihir (email Abdullah Idris)

Assalamualaikum Shakri,

Seperti yang saya janjikan dalam emel lepas, hari ni saya nak kongsikan dengan anda tentang tapak sihir.
Sebelum tu saya nak tanya, anda ada sihir ke tak?
Tak pasti? 
Kalau tak pasti, bukak balik video yang anda download sebelum ni. Tengok video nombor empat dan lima lepas tu buat.
Ok, kalau anda pasti telah disihir, anda perasan tak, bila anda buat rawatan ruqyah, anda akan rasa ok.
Tapi selang berapa hari atau minggu, anda akan rasa sakit balik di tempat yang sama. 
Ataupun gejala yang anda alami sebelum ni jadi balik. Anda perasan tak?
Saya bagi contoh.
Katakanlah anda sebelum ni kena sihir pendarahan. Gejala yang anda alami ialah darah haid keluar tak berenti.
Kemudian anda pun buat rawatan. Lepas rawatan, gejala tu pun hilang.
Tapi lepas 2 atau 3 minggu, gejala tu jadi balik.
Ini menunjukkan dalam badan anda dah ada tapak jin sihir.
Anda masih tak faham? Ok, saya jelaskan lagi.
Semua gejala yang anda alami, ada point yang berkaitan. Point nilah yang disebut sebagai tapak.
Kalau dalam kes sihir pendarahan. Darah haid keluar tak berenti disebabkan jin sihir telah bertapak di sekitar rahim, 
Sebab tu bila anda buat rawatan ruqyah, biasanya hanya jin sihir sahaja yang dapat dikeluarkan.
Sebab tu gejala sihir pun dah hilang atau semakin berkurangan.
Tapi tapak sihir ni dimusnahkan.
Apa fungsi tapak sihir ni?
Fungsinya ialah bila jin sihir dihantar balik, tapak inilah tempat yang akan dituju balik oleh jin tersebut.
Sebab tulah, lepas 2 atau 3 minggu, anda akan mengalami gejala yang sama seperti sebelum anda dirawat.
Setakat ni anda faham tak apa yang saya kongsikan?
Kalau faham, alhamdulillah.
Kalau tak faham, anda boleh balas emel saya ni dan tanya soalan ye.
InshaaAllah dalam emel seterusnya saya akan kongsikan pulak dengan anda macam mana cara nak hapuskan tapak sihir ni.
Jumpa lagi dalam emel akan datang :)
Ikhlas,
Abdullah bin Idris
Follow Saya

Abdullah Idris Enterprise

Comments

Popular posts from this blog

Sekilas ilmu perubatan dari allahyarham Dato Dr Harun Din

Hapuskan barang sihir (email ustaz abdullah idris)