Cara Jin masuk badan
Abdullah Idris Enterprise
254416 B, Jalan Undan 1, Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2, 30020, Ipoh, Perak., Ipoh
Malaysia
Assalamualaikum Shakri,
Tahu tak macam mana caranya jin boleh masuk ke dalam badan?
Ikut jalan mana.
Jadi saya nak kongsikan dalam emel kali ni.
Berdasarkan kepada hadis dari Nabi SAW, jin masuk ke dalam tubuh manusia melalui beberapa jalan iaitu:
1) Mulut
Hadis yang menjelaskan perkara ini adalah:
"Apabila seseorang daripada kamu menguap, maka hendaklah ia tutup akan mulutnya dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan akan masuk (ke dalam mulut orang yang menguap itu).”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2995)
Imam Nawawi berkata – “Ulama menyebut bahawa menguap itu perlu ditahan atau perlu ditutup mulutnya dengan tangan supaya syaitan tidak masuk ke dalam mulut. Ia adalah untuk menolak gangguannya ke atas anak Adam dan menghalang syaitan daripada ketawa.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)
2) Celah-Celah Kuku
Hadis yang menjelaskan tentang perkara ini ialah:
"Wahai Abu Hurairah, potonglah (pendekanlah) kukumu sesungguhnya syaitan akan mengikat dengan sihir, godaan dan rayuan melalui kuku-kukumu yang telah panjang dan dibiarkan begitu saja.” (HR. Ahmad)
3) Lubang Hidung
Nabi SAW telah bersabda:
"Apabila salah seorang dari engkau bangun dari tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istinsyaq) sebanyak 3 kali, kerana syaitan itu menyelinap melalui batang hidungnya" (Hadis riwayat Muslim)
4) Lubang Telinga
Diceritakan dari Abdullah, bahawa disebutkan disisi Nabi ada seorang lelaki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan solat malam.
Lalu Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan telah kencing ditelinganya". (Hadis riwayat Muslim)
Setelah jin-jin masuk ke dalam badan, apa yang mereka akan lakukan?
Bila jin dah masuk ke dalam badan, mereka akan pergi ke bahagian-bahagian tertentu.
Melalui salur darah.
Telah diceritakan oleh Safiyyah binti Huyai bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya". (Hadis riwayat Muslim)
Contohnya katalah jin yang masuk tu adalah jin sihir.
Bila jin masuk melalui rongga di atas, jin tu akan ikut saluran darah dan pergi ke bahagian badan yang dikehendaki oleh tukang sihir.
Jadi, berdasarkan kepada hadis-hadis di ataslah, munculnya idea untuk mempraktikkan penggunaan wangian kasturi.
Dengan cara disapu pada 32 rongga.
Alhamdulillah saya telah pun mempraktikkan kepada pesakit-pesakit saya dan kesannya memang sangat positif.
Comments
Post a Comment